Friday, 17 January 2014

Aku dan keroja Soperbesorku

Assalamualaikum..

Lama da rasanya x hadap lappy ni. Malas rasanya. Lagi satu penat pon ada. maklumlah sekarang ni aku dah keroja semula. Korang rasa-rasa keroja dr kampeni apa yg nak ambik aku nih..?

Huhuhu.. setelah berhempas-pulas merayau-rayau mintak keroja (rasa macam mintak sedekah pon ado), dengan muka kesian aku ni.. dapat la aku keroja asal aku dolu2. Walau taklah jawatan yg bagus2 mcm dulu, aku dengan sukacitanya dipelawa menjadik supervisor (anak aku kata soperbesor) kat farmasi nih. Asalnya aku mintak jadik cashier je, memandangkan usia pon dah lanjut.. malas dah nak demanding sgt weh. Alhamdulillah.  Dah reseki anak-anak kot, EIC kat situ offer post soperbesor ni. Dalam bedebor2 ni aku terima gaklah. Pasni apa nak jadik-jadiklah kan.. aku berserah je.

First  day keroja, mcm nak pengsan rasanya. Lenguh kaki ni jgn cakaplah. balik umah mmg pengsan tidor smp ke pagi. dah 2 minggu keroja, aku pun dah boleh buat keroja dgn solonya.. ceh..ceh..ceh.. berlagak la plop. heh... sibuk dgn keroja baru ni, apa jadik dgn keroja sekali-skala dgn my uncle itew..? Huhuhu.. jujur la aku katakan.. da x der hati nak keroja kat situ. Kadang2 fikir mcm macai pon ye gak. Buat mcm2 nak jaga hati sedara-mara, tapi ada x perasaan aku dijaga. Selfish ke aku ni? Tapi, aku kena fikir gak masa depan anak2 aku. Aku kena buat sesuatu gak. Takkan selamanya mcm tu kan.. at least kena ada something yg aku rasakan selamat utk survival yg seterusnya. Insya Allah.

Okay.. no more Yes Boss all the time. Aku kena bertindak jugak. Sekali-skala berkata NO adalah perlu utk mengajar mn yg patut. Bila aku menolak, maka akan byklah unsur2 negatif yg perlu aku hadap. Begitulah lumrah alamkan.. hmphhh.. bersediakah aku? by hook by crook mmg kena hadap gak kan. Cuma perisai nak berperang tu dah cukup kuat ke?

Tambah lagi.. aku bukan ada super power nak hadap machine gun ke, laser ke, meriam ke.. aku ni mcm keyboard warrior kot.. hahahaha.. power di papan keyboard je ke.. kikikiki.. kl nak lwn games bolehlah cuba. Nak lawan tohmahan scr live mcm manala pulak kan?

Huh.. tah apa2 tah aku merapu nih. Jiwa kacau la tu. Mana tak kacau.. susah betul nak penuhi tuntutan semua orang kan. Rasa mcm nak meletup pon hado. Boleh x aku ni hidup aman damai dgn cara aku. Boleh x jgn cuba nak atur cara hidup aku. Mmg la aku x berapa nak 'senang', tp jgnlah ambik kesempatan dgn toleransi aku selama ni. pantang aku bila dah berbudi asyik nak hungkit bila kita x mampu nak balas balik.

Patah balik kat keroja aku la ni. Hmphhh.. bahasa apa lak ni. Tonggang-terbalik la story aku ni. KOrang layan jelah kan.. Pasal keroja aku skg ni.. Hari2 bertemu mcm2 perangai manusia.. mmglah kan. dah jual barang2 mestilah manusia yg dtg beli. Sesuatu yg aku rasa puas dgn keroja ni. Dpt selesaikan mslh org lain (bukanlah semua mslh diorg) dan menjadi pendengar yg sabar mendengar cerita mereka buat aku rasa puas. Kdg2 tak masuk akal jugak dgr pelbagai keluhan manusia. Kat sini baru aku jumpa kehidupan. Kurang hipokrasi dgn kerja. Kerja dari hati mmg suatu kepuasan bg aku. Tak tahulah org lain. Tapi aku dapat rasa hasilnya. Walaupun gaji kecil, kerja yg sgt sibuk (kata org mcm kuli batak, aku pun tak tahu mcm mana rupanya kuli batak tu).. tapi aku temui kepuasan dan keinsafan dgn diri sdr. Aku semakin sedar.. byk lagi insan2 yg tidak bernasib baik di luar sana. Ramai lagi yang masih mencari2 arah hidup. Ramai lg yg masih terumbang-ambing arah tujunya.

Jadi aku tak mahu nak cakap besar.. kalau gaji besar pon.. tapi hasilnya sangat diragui, apakah nilai keberkatannya. Aku sedang bermula semula dari tangga pertama. Kelmarin aku telah berada di tangga yang teratas, tapi tersilap langkah dan aku tergelincir jatuh berdebub sakit tak hingat. Hari ni aku kembali bertatih2 mendaki tangga. Semoga tak tersadung lagi. Sekarang aku perlu fokus supaya tak kabur dgn janji2 manis yang nyata penuh kepalsuan. Aku perlu kumpul kekuatan baru untuk mendaki lagi.. biarpun usia semakin dimamah waktu. Demi anak2 dan keluarga kecilku. Semoga Allah memudahkan usahaku dan memberikan keberkatan di dalam setiap rezeki yang dikurniakan  untuk kami. Insya Allah. Aamiin.

Melihat makhluk ciptaan Allah ini, ada seribu satu pengajaran untuk kita cuba mengambil ilham di setiap rahsia kejadiannya.
Pak Belang: Alangkah machonya melangkah seperti Pak Belang.

Sang Kancil: Betulkah kamu ni haiwan yang bijak?

Memerang: Tangkas, rajin, bijak, survivor.. boleh tiru ni.

Sunbear: Aku tak tahu sgt ciri2 tipikal makhluk ni, korang rasa?

Jgn pening dgn ilustrasi ni.. Biarpun takdop kaitan dgn title story aku.. aku harap korang terhibur tgk gambar makhluk Allah yg aku tangkap kat zoo baru2 nih..


No comments:

Post a Comment