Thursday, 23 May 2013

Mid Term School Break

Assalamualaikum,

Hari ini hari terakhir sesi persekolahan pada penggal kedua persekolahan.  Wahh.. happy je anak dara aku ni.  Cuti 2 minggu la katakan. Tapi aku yang pening kepala. Apa aktiviti aku nak bagi supaya masa cuti 2 minggu ni terisi dengan berkualitinya. Nak peri coti2 1 Malaysia, fulus tak berapa nak cun. Cuti tahun pun tinggal sikit untuk raya nanti je. 

Ligat gak kepala hotak aku yang geliga ni dok pikir (hehehe.. sekali sekala poji diri sendiri ek).  

Jeng.. jeng..jeng..


Akhirnya aku terlihat signboard ni tadi.  Bagus jugak ni... opis aku pun dekat dengan tempat ni. So boleh la aku drop anak dara aku tiap2 pagi, keluar lunch sama2, pastu balik kerja sama2. Hehehe.. jadi dekatlah dengan bijik mata aku nak pantau apa aktiviti anak aku ni. Rasanya banyak faedah untuk dia jugak. Aku tahu kakak memang suka membaca. Kalau duduk rumah pun, nanti asyik merayap pergi kedai runcit, tengah hari buta main kat playground, takpun berendam kat swimming pool.. isk..isk.. x boleh jadi. Runsing taliperut aku dibuatnya.

Okay kakak.. mama ada program tentative utk aktiviti cuti sekolah 2 minggu ni.  Gerenti kakak tak boring kan.. :D




No comments:

Post a Comment