Thursday, 23 May 2013

Mid Term School Break

Assalamualaikum,

Hari ini hari terakhir sesi persekolahan pada penggal kedua persekolahan.  Wahh.. happy je anak dara aku ni.  Cuti 2 minggu la katakan. Tapi aku yang pening kepala. Apa aktiviti aku nak bagi supaya masa cuti 2 minggu ni terisi dengan berkualitinya. Nak peri coti2 1 Malaysia, fulus tak berapa nak cun. Cuti tahun pun tinggal sikit untuk raya nanti je. 

Ligat gak kepala hotak aku yang geliga ni dok pikir (hehehe.. sekali sekala poji diri sendiri ek).  

Jeng.. jeng..jeng..


Akhirnya aku terlihat signboard ni tadi.  Bagus jugak ni... opis aku pun dekat dengan tempat ni. So boleh la aku drop anak dara aku tiap2 pagi, keluar lunch sama2, pastu balik kerja sama2. Hehehe.. jadi dekatlah dengan bijik mata aku nak pantau apa aktiviti anak aku ni. Rasanya banyak faedah untuk dia jugak. Aku tahu kakak memang suka membaca. Kalau duduk rumah pun, nanti asyik merayap pergi kedai runcit, tengah hari buta main kat playground, takpun berendam kat swimming pool.. isk..isk.. x boleh jadi. Runsing taliperut aku dibuatnya.

Okay kakak.. mama ada program tentative utk aktiviti cuti sekolah 2 minggu ni.  Gerenti kakak tak boring kan.. :D




Wednesday, 22 May 2013

Rezeki itu Milik Allah

Assalamualaikum,

Rezeki itu milik Allah, jadi mintalah padaNya. Dialah semolek-molek tempat untuk meminta. Jom amalkan Surah Al-Waqi'ah mudah-mudahan rezeki itu datang dengan tidak putus-putusnya. Semoga bermanfaat :)



Sumber: You Tube

Tuesday, 21 May 2013

Seeking Forgiveness

Assalamualaikum,




Ibn Abbas relates that the was in the company of Imam Ali when a man came and said: Mawla, I have transgressed much 

Imam Ali told him: PRAY ISTIGHFAAR.  

Another man came and said : Mawla my land has become arid and parched, what shall I do ?.  

Imam Ali told him PRAY ISTIGHFAR.  

After a few moments another came and said: Mawla I am poverty stricken.  Nothing I do bearts fruit.  Is there any remedy.  

Imam Ali said: PRAY ISTIGHFAR.  

Then another man came and said: Mawla Allah has not yet blessed me with a child.  What should I do.  

Imam Ali told him PRAY ISTIGHAFAR. Istighfaar means seeking forgiveness of Allah for the sins so far committed and turning repentant unto Allah.

I asked him : O AMIRUL MU'MININ - though the problems were different, but to each of them you advised to pray ISTIGHFAAR.  

Imam Ali said : Because Allah says in surah Nuh: And I said : seek forgiveness of your Lord.  Verily he is ever most forgiving.  He will send you abundant rain from the heaven and will help you with wealth and sons, and will make for you gardens and will make for your rivers.








credit to: http://www.duas.org/seekforg.htm and youtube

Monday, 20 May 2013

Selamat Pagi Dunia

20 May 2013;11.00am

Assalamualaikum,

Jam hampir satu jam nak tengahari dah.. tapi msh sempat lagi nak wish selamat pagi kan.. hehehehe
Pagi ni memang segala-galanya slow dan lembab bin lemau rasanya.
Pukul 5 pagi dah tersedar dari tidur.. bermalas-malas dulu sampai terlelap semula. Alih-alih dah pukul 6.15am. Apa lagi jadi lipas kudung la, solat, masak air, buat sarapan ringan2 je. Lepas tu sidai kain baju yang dah basuh malam tadi.
Hmphhh.. 7.15am anak sulung dah keluar gi sekolah dengan papa terchenta. Akupun baru terhegeh-hegeh gosok baju kerja. Yang kecik dah bangun nak susu. Bum bam bum bam bum bam dah pukul 8.00am.  Si kecik x mandi lagi.. samalah dgn aku.. Huh jap nak tarik nafas..  take 5. Okay cool down now.
Sekarang dah mandikan si kecik yang banyak songeh ni, jam dah 8.30am. Nak siapkan anak yg sorang ni pun masa dah beransur ke 8.45am. Ada 15 minit lg pukul 9.00am. Aku ni mandi pun belum lg.  Bila la masa aku nak siap comel2 cam Kak Ton tu.
Sebelum masuk bilik air sempat lagi toleh2 kat laptop tu.. hehehe.. terkandas jap. Ahhh dah pukul 9.00am dah. Mandi pun mcm mandi kerbau la jawabnya.
9.15am siap, keluar rumah jalan dah jem panjang giler. Aikk.. org lain semuanya lambat cam aku ke? Biasa keluar time ni kenderaan dah kurang dah. Baru relaks sikit nak drive. Tapi hari ni mmg unsangkarable tol dgn jalan kat umah ni. Huhu.. jem la pulak.
Sampai kat depan Petronas ada satu lori tangki Petronas dok makan jln sebelah kiri. Rupa-rupanya ada xcdent la. Uikks byk darah la.. gerun tol aku tgk. Tiba2 rasa lemah je kaki nak tekan minyak kereta ni.  Ada polis yang naik motor besar tu kena langgar r. Berdarah kepala nampaknya. Kawan dia tgh pangku. Ramai polis kat situ. Tak nampak pun ambulance. Tak berani aku nak tengok lelama.. maklumlah semangat aku ni cepat hilang bila tgk adengan2 real mcm ni.
Masa ni lah rasa insaf sikit nak bawak kereta laju2.
Okay, dah drop anak kat rumah pengasuh.. tgk2 handbag, tak bawak hp la pulak. Hmphh.. nak patah balik ke? Uhh tidaklah sanggup aku nak menempuh jem lagi. So, teruskan sajalah..
Alhamdulillah, akhirnya sampai gak office. Time, almost 10.00am.. seb baik bos x sampai g.. hehehe.. cam x biasa.. :P

Mood: selebet di pagi hari, jawabnya selebet gak sampai ke petang.. Aku yang selekeh binti selebet.. kuang..kuang..kuang

p/s: takder gambar nak upload pasal segala-galanya x der mood :(

Sunday, 19 May 2013

Jom Belajar Jahit Gaun Mudah

Assalamualaikum,

Tengah cari idea nak menjahit ni, terjumpa pulak youtube ni.. hmphh.. bagus jugak. Jom layann :D


Credit to: Fid Ajisat

cara mudah jahit girl dress.youtube.com



Selamat mencuba ..

Nasi Ayam Panggang Madu Bersama Rosemary

Assalamualaikum,

Rasa nak download resepi makanan yang biasa dimasak tapi saya ubahsuai sikit ikut selera saya dan keluarga. Kalau terasa macam terliur tu, bolehlah copy paste je. Tak de hal, saya halalkan. Sharing is caring .. :)





Bahan2 untuk ayam panggang

1.  Seekor ayam daging siap dicuci  bersih, (jangan lupa selawat ye).. Ikut suka kalau nak biarkan sekor2 atau nak belah empat sahaja.
2.  Herba rosemary kering/ kalau ada daun segar pun boleh jugak. tapi saya tak jumpa pokoknya, jadi belilah yang dah kering.
3. Madu ikut suka la berapa banyak nak lumur kat ayam tu.
4. Garam secukup rasa.
5. 1 sudu sos lea perrins (betul ke eja)
6. Bawang besar di belah empat
7. Aluminium foil untuk bungkus ayam

Cara-cara memasak ayam panggang

1. Lumur madu bersama garam dan sos lea perrins seluruh badan ayam. Taburkan herba rosemary serata badan ayam. Perap dalam 10 minit.
2. Letakkan ayam yg dilumur bersama bahan2 perap di atas aluminium foil bersama-sama bawang besar yang dibelah empat.
3. Bungkus kesemuanya dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven hingga 200 darjah celcius dan bakar selama 40 minit atau sehingga ayam masak.


Bahan2 untuk nasi ayam

1. Beras biasa (cari yang kurang berkanji). Kuantiti tu ikut sukalah nak makan berapa banyak kan..
2. 1 -2 ketul kiub ayam di buat pati/ air rebusan ayam ikut sukatan beras. (kalau 1 pot  beras = 1 pot air)
3. Garam secukup rasa.
4. 2 sudu besar butter/marjerin
5. Bunga cengkih & bunga lawang (kalau tak gemar tak payah letak)

Cara-cara memasak nasi ayam

1. Basuh beras hingga bersih (jangan lupa selawat) dan toskan airnya.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan pastikan air dan garam mencukupi untuk rasa nasi yang enak.
3. Tanak hingga masak dan jangan lupa tekan suis cook ye bagi yang guna periuk nasi karan tu. nanti tak masak2 nasi.. barulah nasi dah jadi bubur :P

Kuah Sos Lada

Bahan-bahan

1. 5 tangkai Cili hidup kaler merah & hijau (kalau nak nampak byk kaler kat sos tu)
2. 2 ulas bawang putih di bakar dengan kulit2 nya. Lepas tu dicincang halus
3. Garam secukup rasa.
4. 2 sudu besar sos tomato
5. 5 sudu besar gula pasir
6. 1 cawan air mutlak

Cara-caranya

1. Kisar cili bersama gula, garam dan sos tomato
2. Masukkan kesemua bahan kisar bersama-sama bawang putih yg dicincang ke dalam periuk.
3. Masak hingga mendidih.


Sup ayam

Bahan-bahan & Cara-caranya.

1. Bahagian tulang-tulang ayam (biasanya bahagian leher dan kaki ayam) yang tidak dipanggang jangan dibuang, basuh bersih2 dan di rebus bersama-sama halia serta 1 ketul kiub ayam. Setelah mendidih letak garam secukup rasa dan tabur daun sup serta bawang goreng. Simple dan senang bah tu.

Bahan-bahan untuk hiasan (jangan pandang je, makan la sekali. bagus untuk kesihatan)

1. Timun dihiris2 nipis
2. Tomato dihiris2 nipis
3. Daun salad
4. Daun sup
5. Bawang goreng

Ok.. Selamat mencuba. Kalau sedap jgn lupa pi habaq kat kawan2, kalau terkurang tu makan senyap2 sudeylah.. kikiki



Saturday, 18 May 2013

My Counting Days

Hi there,

I'm just 2 years 11 month and 26 days. I feel excited on counting my best day, like my mom at past 3 years ago.

My mom trial to make my birthday present very hard. I really appreciate it.  Everyday I look at her sewing room, which she's so busy with that things.  Hopefully, I will get all the best gift from her.

My dad also make me excited to counts everyday, every hour, every second.  I luv his cheese cake.  I wish there are strawberry cheese cake with 3 candle stick made by him will present on my coming day.

My sister always make fun with me.  I don't know that she's have something for my birthday.  Perhaps she's would surprise me with her funny funny funny things. I love her very much.  Sometimes she's so annoying me.. off course it's becoz of me. I feel happy with her even on her crazy mad anger because we're sister's.

This is my wish;-- Off course it's my mom's wishes for me :-- Oo Allah, please make Aina Zameera become a great person with Iman ul mukminah, with sobr ul iman in her long life. Please keep her healthiest, wealth, kindness, and all the best on her life even after.  Thank you Allah for Your Kindness, Grateful Allah.
Oo Allah, please make my wish comes true. Aamiin Ya Rabb alamin.

Jinak2 Benang

Assalamualaikum,



Syukur Alhamdulillah. Hari yang bertuah. Jahitan smocking dah siap walaupun belum begitu kemas.  Kata Cikgu Emma boleh touch up lagi dengan bunga2.. hehehe.. aku yg malas sebenarnya. Tak sabar2 nak jahit   gaun anak ni. Malam tadi dengan tak sabaunya aku mula menjahit gaun ikut la instruction Cikgu Emma dengan sedikit ajaran sesat yang aku rasa kena tokok tambah.. lalalala.

Jeng.. jeng.. jeng..


Akhirnya gaun dah siap tanpa lengan.. huhu.. aku sebenarnya dah konfius mcm mn nak buat lengan puff tu? Then terpaksa stop sampai kat sini hingga kelas jahitan yang berikutnya. Ahaks.. budak2 baru belajar (p/s budak tua daaa )... hahaha.. camnelah upload gambar ni. kat sini x leh rotate. Ahhh suka  atilah. 1st attempt kan. aku nengok pon x puas ati nihh.. sape2 boleh tolong bagi sikit advise kepakaran korang, .camner nak kasi spesel sikit gaun ni

Lagi satu aku rasa pola yg Cikgu bagi tu, kat leher cam kecik je. Ada gak aku compare dgn gaun anak aku yg lain, memang sempit r.



Nilah hasilnya utk org baru nak jinak2 dengan jarum dan benang mcm aku ni... huhuhu

Gambar kat bawah ni, waktu mula2 aku belajar jahit sulam benang ni. hehehe.. tu pun nak uploadkan. Eh.. ada aku kesah. Yang penting aku bahagia semenjak bertemu cinta dengan jarum dan benang ni.. ahakksss.  Jangan maree :P