Assalamualaikum,
Rasa nak download resepi makanan yang biasa dimasak tapi saya ubahsuai sikit ikut selera saya dan keluarga. Kalau terasa macam terliur tu, bolehlah copy paste je. Tak de hal, saya halalkan. Sharing is caring .. :)
Bahan2 untuk ayam panggang
1. Seekor ayam daging siap dicuci bersih, (jangan lupa selawat ye).. Ikut suka kalau nak biarkan sekor2 atau nak belah empat sahaja.
2. Herba rosemary kering/ kalau ada daun segar pun boleh jugak. tapi saya tak jumpa pokoknya, jadi belilah yang dah kering.
3. Madu ikut suka la berapa banyak nak lumur kat ayam tu.
4. Garam secukup rasa.
5. 1 sudu sos lea perrins (betul ke eja)
6. Bawang besar di belah empat
7. Aluminium foil untuk bungkus ayam
Cara-cara memasak ayam panggang
1. Lumur madu bersama garam dan sos lea perrins seluruh badan ayam. Taburkan herba rosemary serata badan ayam. Perap dalam 10 minit.
2. Letakkan ayam yg dilumur bersama bahan2 perap di atas aluminium foil bersama-sama bawang besar yang dibelah empat.
3. Bungkus kesemuanya dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven hingga 200 darjah celcius dan bakar selama 40 minit atau sehingga ayam masak.
Bahan2 untuk nasi ayam
1. Beras biasa (cari yang kurang berkanji). Kuantiti tu ikut sukalah nak makan berapa banyak kan..
2. 1 -2 ketul kiub ayam di buat pati/ air rebusan ayam ikut sukatan beras. (kalau 1 pot beras = 1 pot air)
3. Garam secukup rasa.
4. 2 sudu besar butter/marjerin
5. Bunga cengkih & bunga lawang (kalau tak gemar tak payah letak)
Cara-cara memasak nasi ayam
1. Basuh beras hingga bersih (jangan lupa selawat) dan toskan airnya.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan pastikan air dan garam mencukupi untuk rasa nasi yang enak.
3. Tanak hingga masak dan jangan lupa tekan suis cook ye bagi yang guna periuk nasi karan tu. nanti tak masak2 nasi.. barulah nasi dah jadi bubur :P
Kuah Sos Lada
Bahan-bahan
1. 5 tangkai Cili hidup kaler merah & hijau (kalau nak nampak byk kaler kat sos tu)
2. 2 ulas bawang putih di bakar dengan kulit2 nya. Lepas tu dicincang halus
3. Garam secukup rasa.
4. 2 sudu besar sos tomato
5. 5 sudu besar gula pasir
6. 1 cawan air mutlak
Cara-caranya
1. Kisar cili bersama gula, garam dan sos tomato
2. Masukkan kesemua bahan kisar bersama-sama bawang putih yg dicincang ke dalam periuk.
3. Masak hingga mendidih.
Sup ayam
Bahan-bahan & Cara-caranya.
1. Bahagian tulang-tulang ayam (biasanya bahagian leher dan kaki ayam) yang tidak dipanggang jangan dibuang, basuh bersih2 dan di rebus bersama-sama halia serta 1 ketul kiub ayam. Setelah mendidih letak garam secukup rasa dan tabur daun sup serta bawang goreng. Simple dan senang bah tu.
Bahan-bahan untuk hiasan (jangan pandang je, makan la sekali. bagus untuk kesihatan)
1. Timun dihiris2 nipis
2. Tomato dihiris2 nipis
3. Daun salad
4. Daun sup
5. Bawang goreng
Ok.. Selamat mencuba. Kalau sedap jgn lupa pi habaq kat kawan2, kalau terkurang tu makan senyap2 sudeylah.. kikiki

No comments:
Post a Comment